Tombong?. Apa Sebenarnya Kesan Pada Ibu.

 

Tombong.  Selama ini selalu kita biasa dengar tombong untuk kelapa saja. Tapi rupanya ada juga tombong yang berkaitan dengan wanita terutamanya yang sudah melahirkan anak. Permasalahan tombong melibatkan perkara sulit.  Selalunya wanita akan memendam rasa.  Memburukkan keadaan lagi apabila tidak mahu berjumpa doktor dan berubat.

 

Tombong atau bahasa perubatan dipanggil prolapse. Selalunya berkait rapat dengan penjagaan rahim waktu berpantang iaitu selepas bersalin.  Tetapi, ramai juga berpendapat ia tiada kaitan dengan proses berpantang.  Zaman dah moden, ada juga yang menolak amalan berpantang.

 

Prolapse berlaku kerana otot lantai pelvic serta ligamen meregang atau mengembang sehingga tidak lagi kuat dan tidak mampu untuk memegang rahim atau uterus.  Hasilnya rahim atau uterus tergelungsur dari tempat sepatutnya dan terkeluar hingga ke vagina jika lebih teruk lagi.

 

Kesan Rahim Jatuh @TOMBONG
…………………….

1. Rasa pedih terkeluar sesuatu di Miss V
2. Pedih dan Sakit sewaktu buang air kecil
3. Berjalan rasa tak selesa
4. Sakit bila nak bersama
5. Mood pun kelaut

 

Rawatan :
……………

1. Berurut
2. Bertungku
3. Amalkan jamu

 

Sewaktu hamil, rahim dan otot berkaitan akan mengembang.  Waktu berpantang adalah waktu untuk merawat, memulih, membetulkan, menguncupkan balik organ peranakan dan ototnya kembali sedia kala.  Jadi, jika tidak mahu pun berpantang secara tradisional pemulihan secara moden juga tidak salah.  Namun, perlu komitmen yang betul.

 

  1. Jaga pemakanan
  2. Jaga struktur tubuh
  3. Jaga pergerakan
  4. Jaga emosi

 

Semoga ibu-ibu diluar sana dikurniakan kesihatan yang mantap untuk kelangsungan keluarga. Amin.