Mahu cantik dari dalam? Ikut tips-tips mudah ini!

cantik

Cantik biarlah dari dalam. Bukan cantik yang di-touch up dari luar.

Ikuti tips-tips mudah-mudah ini. Anda boleh mula sekarang!

1. Minum banyak air

Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Senang bukan?

2. Bersenam

Baik untuk kesihatan, elok untuk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah!

Jangan malas utk bersenam. Lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok

Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu, jadi kenapa nak merokok?

4. Tidur yang cukup

Jangan asyik berjaga waktu malam, tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?

Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap

Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah, tak payahlah sapu itu ini. Cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan

Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.

Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Manjakan diri

Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah!

Tak semestinya di salun, anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.

Jika rajin, cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress

Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don’t worry, be happy

Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka

Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan.

Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.