Tips Ibu Hamil Pilih Set Penjagaan Muka

 

Sewaktu hamil, hormon akan berubah.  Macam-macam perkara pelik boleh terjadi.  Termasuklah pada keadaan muka.  Ada ibu hamil yang muka berseri-seri bila masuk trimester kedua dan seterusnya.  Ada juga yang jadi sebaliknya.  Kusam.  Lagi perit bila jadi pigmentasi.

 

 

Apa yang lebih memburukkan keadaan muka ibu hamil apabila ibu timbul perasaan malas berganda-ganda untuk mengamalkan rutin penjagaan muka harian iaitu, mencuci, menyegar dan melembab.  Ibu tak perlu khuatir, sebenarnya tidak semua bahan penjagaan muka yang dijual diluar sana berbahaya untuk kandungan.  Ibu hanya perlu baca label dan pilih yang selamat.  Jika mampu boleh dapatkan yang organik.

 

Apa bahan yang perlu dielak dalam set penjagaan muka?

 

Ada banyak bahan yang ditulis pada pembungkusan bahan penjagaan wajah.  Ada yang boleh difahami.  Tapi kebanyakkannya bahan yang entah apa pun ibu tidak tahu.  Bagaimana mahu tahu bahan apa yang bahaya dan bahan apa yang boleh digunakan ibu hamil?.  Di sini Ellsee kongsikan bahan yang perlu ibu elakkan dalam set penjagaan muka harian.

 

  1. Hydroquinone. Ia selalu ada dalam produk pemutihan.  Jadi jika anda ada mengamalkan produk pemutihan wajah, sila hentikan apabila sudah merancang untuk hamil.  Ia bahaya untuk kandungan anda.
  2. Retinol yang biasanya digunakan dalam pelembab muka.  Walau pun ada yang mengatakan sapuan di kulit tidak mendatangkan mudarat, lebih elok elakkan. Retinol dikatakan memberi kesan pada tumbesaran tulang bayi
  3. Salicylic acid yang selalunya ada pada ubat jerawat juga toner.
  4. Phtalates boleh meresap sehingga ke plasenta bayi.  Kesannya bayi boleh jadi cacat atau kurang berat
  5. Paraben biasa didengari dan selalunya terdapat dalam pelembab atau losyen.  Sekarang sudah banyak produk yang bebas paraben contohnya produk dari Ellsee. Jadi pilih yang bebas paraben.

 

“Eh, banyaknya yang tak boleh?. Tak payah pakailah semua. Bahaya!”

 

Tunggu dulu.  Jangan panik.  Untuk lebih mudah, pergi saja ke farmasi dan tanyakan produk yang sesuai untuk ibu hamil pada pegawai farmasi bertugas.  Bukan pada cashier tau.

 

Kalau ibu tidak mengamalkan rutin pembersihan wajah, muka akan jadi lebih teruk.  Contohnya pigmentasi.  Sewaktu hormon tidak seimbang, pigmentasi mudah terjadi pada kulit wajah.  Jika ibu meninggalkan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 30, kemungkinan besar pigmentasi wajah lebih teruk berlaku.

 

Selain itu, pengembangan saraf dan peredaran darah yang meningkat sama ada membuatkan muka ibu nampak merah berseri atau pun menjadikan kulit lebih berminyak.  Keadaan muka yang tidak dicuci memudahkan lagi jerawat tumbuh.  Sudah tentu ini menambah rasa tidak selesa pada ibu.

 

Jadi, teruskan rutin penjagaan wajah seperti biasa. Pilih yang selamat.