Tips dan Amalan Hindari Kencing Kotor Semasa Hamil

Petua kencing kotor

Kencing kotor boleh dikatakan masalah yang biasa didengari dikalangan wanita. Ia boleh menjadi situasi yang buruk apabila gejala kencing kotor atau urinary tract infection berlaku semasa anda sedang hamil.  Berikut adalah tips dan amalan yang anda boleh amalkan setiap hari untuk mengelakkan menghadapi masalah kencing kotor.

#1 Jangan Tangguh

Bila terasa ingin buang air kecil, terus ke bilik air. Jangan bertangguh.  Air kencing yang terkumpul menyebabkan kuman cepat membiak

 

#2 Minum air

Minumlah air dengan kerap.  Jika tidak dapat mengukur berapa liter yang anda perlukan sehari, cukup dengan memastikan air kencing anda berwarna jernih.

 

#3 Beristinjak dengan betul

Cara mencuci selepas membuang air kecil atau besar adalah dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman berpindah dari dubur ke qubul (urethra)

 

#4 Mengambil jus buah-buahan

Jus buah-buahan kaya dengan vitamin C, contohnya jus belimbing.  Imuniti badan yang kuat boleh melawan jangkitan kuman.  Ambil juga makanan mengandungi zink dan juga beta-carotene.

 

#5 Elakkan menggunakan sabun wangi

Usah gunakan sabun wangi untuk mencuci bahagian intim wanita. Gunakan pencuci yang betul

 

#6 Pakai pakaian dalam yang betul

Pilih pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar. Elakkan kain jenis nilon  dan ketat.

 

#7 Buang air sebelum hubungan intim

Setiap kali mahu melakukan hubungan intim, buang air kecil terlebih dahulu.  Begitu juga selepas hubungan intim. Amalkan kebersihan.

 

# 8 Minum air barli

Petua ini paling popular.  Amalkan minum air barli yang direbus kerana ia bersifat diuretik, mempercepatkan pengeluaran air kencing