Teh Halba Untuk Milkbooster. Berkesan atau tidak?

teh halba

Ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama menyusukan bayi secara ekslusif.  Menjadi satu perkara yang mencabar untuk meneruskan penyusuan. Lazimnya ibu menyusu akan mencari bahan yang membantu menambahkan penghasilan susu. Bahan ini dipanggil ‘milkbooster’.

 

Betulkah berkesan?

 

Milkbooster terlalu banyak di pasaran. Harganya juga boleh tahan. Boleh dikatakan apa yang dijual dipasaran sebenarnya boleh dihasilkan sendiri di rumah. Namun kekangan masa dan juga cara penghasilan yang rumit membuatkan ibu membeli sahaja milkbooster. Tapi, betulkah milkbooster berkesan?.

 

Salah satu bahan yang popular digunakan untuk menghasilkan milkbooster adalah halba. Betul. Ada setengah ibu yang serasi dengan halba dan boleh menambah susu badan. Ada juga yang tidak berhasil. Sebelum ibu membeli milkbooster yang berasaskan halba, apa kata ibu cuba dulu teh halba yang boleh dihasilkan sendiri di dapur rumah anda.

Resepi Teh Halba

 

Caranya sangat mudah. Hanya ambil 1 sudu teh halba dan rendam dalam air panas. Rendam selama setengah jam. Tapis dan minum. Amalkan sehingga 3 kali sehari.

 

Pemerhatian

 

Ada ibu yang mengamalkan teh halba ini dapat melihat kesannya seawal 24-72 jam. Tapi ada juga yang perlu menunggu sehingga 2 minggu.  Untuk mengetahui anda telah dapat dos yang sesuai untuk anda, urin akan berbau seperti sirap maple. Atau ada rasa, urin ada bau lain daripada biasa.

 

Tapi awas. Jika anda merasai ada kesan sampingan daripada penggunaan teh halba ini, anda hentikan dan perlu mencari alternatif yang lain. Ibu perlu memerhatikan kesan seperti cirit-birit pada ibu atau pun anak. Disebabkan halba adalah dari golongan kekacang, individu yang alergi pada kacang akan mengalami alahan yang sama.

 

Setelah mengunakannya dan perhatikan hasilnya. Jika berhasil, barulah anda beli sahaja produk milkbooster berasaskan halba di kedai-kedai. Rasanya juga lebih sedap berbanding teh halba kosong.

 

Kesimpulannya penting untuk ibu yang ingin mencuba mana-mana milkbooter untuk membuat pemerhatian keberkesanan milkbooster yang diambil. Satunya untuk mengetahui sama ada ia membantu menaikkan susu badan. Yang kedua pula untuk memastikan ibu dan bayi tidak mengalami kemudaratan. Dan jangan lupa pula. Konsep ‘supply dan demand’ perlu dipatuhi terlebih dahulu.

Kredit:

 

https://kellymom.com/bf/can-i-breastfeed/herbs/fenugreek/

https://www.wikihow.com/Use-Fenugreek-Seeds-to-Increase-Milk-Supply

https://www.babycenter.in/thread/2714989/how-to-take-fenugreek-seeds-for-increasing-milk-supply