Susu Untuk Makan Dan Susu Untuk Air. Ye ke?

Pernahkah anda dengar dari orang dulu-dulu yang bayi perlu menyusu kedua-dua payudara kerana sebelah payudara untuk nasi manakala sebelah lagi untuk minum air.  Betul atau tidak?

 

Ada ibu yang mengadu, anak saya asyik menyusu sebelah kanan saja. Sebelah kiri tak mahu. Jadi ibu ini buat kesimpulan bahawa apa yang orang tua-tua katakan ada betulnya. Menyusu sebelah kanan lebih kenyang berbanding menyusu payudara kiri.  Akibatnya payudara kiri jadi bengkak. Apabila bengkak surut, susu mula berkurang.

 

Sebenarnya bayi yang gemar menyusu sebelah payudara ada banyak faktor. Antaranya:

 

#1 Posisi yang lebih selesa.

 

Kadang-kadang bayi gemar berbaring posisi menyusu sebelah payudara kanan. Tetapi tidak posisi baring menyusu sebelah kiri.  Kita yang dewasa juga ada posisi berbaring yang kita gemar.  Sama sahaja dengan bayi.  Apatah lagi jika menjadi rutin.  Penyelesaiannya hanya ubah cara memegang bayi semasa menyusu. Gunakan cara football hold. Bayi akan berbaring cara yang sama cuma kedudukannya berbeza untuk payudara kiri.

 

 

#2  Keadaan payudara ibu

 

Kadangkala keadaan payudara yang tidak menyelesakan juga boleh buat bayi reject untuk menyusu.  Contohnya puting pendek atau tenggelam.  Keadaan ini boleh dibantu dengan menggunakan nipple shield atau breast shield. Cara baby melekap juga perlu diperiksa dan dibetulkan jika ia salah.  Bayi perlu melekapkan mulut dan menyusu di seluruh aerola bukan di puting ibu.

 

#3 Susu cair?

 

Memang pun wujud susu cair dan susu pekat. Ia dikenali sebagai foremilk dan hindmilk. Maha Suci Allah menjadikannya.  Susu yang cair atau foremilk ini kandungannya lebih banyak air untuk menghilangkan haus, berbanding hindmilk yang lebih pekat kerana mengandungi karbohidrat dan khasiat lain yang mengenyangkan.  Dan, ia wujud dikedua-dua belah payudara.  Bukan di sebelah kiri atau kanan.  Tetapi pada permula bayi menyusu dan diakhirnya.  Kerana itulah selalunya para kaunselor laktasi mengesyorkan ibu menyusukan bayi sehingga 20 minit sebelum bertukar kepada payudara sebelah.  Supaya bayi dapat khasiat dari hindmilk yang mengenyangkan bayi dan menyumbang kepada berat badan bayi.

 

Ini antara fakta berkenaan penyusuan.  Dan mitos tentang sebelah susu ada air dan sebelah lagi adalah nasi boleh diluputkan terus dari ingatan.  Timba ilmu dari orang yang berautoriti seperti kaunselor laktasi.  Sudah ramai di Malaysia.  Ibu google saja sudah tentu berjumpa yang berkenan di hati.