Sediakan Suami Info Postpartum Depression. Ini Tipsnya.

 

Syawal tahun ini gempar lagi kes ibu mengakhiri riwayat anak kandung sendiri akibat tidak sedarkan perlakuan diri sendiri.  Sungguh menyayat hati kisah postpartum depression yang menjadi-jadi masa kini.  Bukan sahaja pada suami yang melihat, orang yang menonton dan membaca kisah tragedi.  Lebih-lebih lagi pada ibu yang menanggung.  Bingung, sedih, terkejut. Pelbagai rasa apabila sudah sedarkan diri.

 

 

Apakah yang sebenarnya berlaku?.  Mengapa kes ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini?. Kejadian yang berlaku ini bukanlah disebabkan ibu menjadi gila.  Bukan.  Ini dinamakan kemurungan atau postpartum depression. Orang melayu kata meroyan.

 

Ada pula yang bertanya, bukankah ibu berkenaan sudah bertahun habis pantang bersalin?.  Anak juga sudah besar.  Kenapa sekarang baru meroyan?.

 

Kesedaran tentang kemurungan lepas bersalin masih berkurang.  Walaupun istilah meroyan sudah acap kali bermain di bibir.  Tetapi intipati kemurungan atau meroyan ramai yang tidak tahu.  Bagaimanan simptomnya. Apa perlu dilakukan. Kepada siapa hendak bertanya.  Kesedaran ini tidak tersebar luas sebagaimana pantasnya kita hubungi ambulan dan polis lepas ibu telah menamatkan riwayat anak.  Tekan saja 999.  Walhal, jika orang terhampir, orang yang sama yang hubungi 999 sudah tahu apa perlu dilakukakan, mungkin perkara ini tidak perlu berlaku.

 

Ada pula mengatakan, ini adalah kehendak Allah. Tepat!.  Semua kejadian adalah atas kehendaknya. Seperti juga rezeki.  Rezeki diberi dengan kehendak Allah. Kita sudah tahu kita akan ada rezeki. Kenapa perlu kita bekerja.  Perkara yang sama, aplikasikan pada tindak balas kewajaran kesedaran pada ibu yang kemurungan.

Mahu rujuk pada siapa?

 

 

 

Suami, orang paling hampir dengan isteri.  Berjumpa setiap hari.  Wajarnya dapat mengesan perubahan isteri.  Jika ada perubahan pun, masalahnya mahu dirujuk pada siapa?.  Mungkin ramai yang belum tahu.

 

Individu yang mengalami tekanan sebenarnya boleh saja jalani ujian saringan di klinik-klinik kesihatan kerajaan.  Semudah menjawab soalan saringan sekolah.  Bawa saja isteri atau individu yang anda syak mempunyai masalah ke klinik.

 

Selain itu, boleh juga dapatkan bantuan di mana-mana pusat yang di senaraikan dalam senarai di bawah.  Jika anda mahu bercakap melalui telefon, juga ada talian yang boleh memberikan kaunseling atas talian.

 

  1. http://www.psychiatry-malaysia.org/listcat.php?cid=29&all=Y
  2. https://www.befrienders.org.my/
  3. http://mmha.org.my/resources/directory-of-councelling-services/
  4. http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/206

 

Buang tanggapan skeptikal berjumpa doktor hanya bila demam, cirit-birit dan mengandung.  Buang juga tanggapan berjumpa doktor psikiatri hanya kerana anda gila.  Isteri dan juga suami jangan sorokkan maklumat dan perasaan sangsi terhadap perubahan diri apabila jururawat membuat lawatan kesihatan ibu dan anak di rumah.  Antara tujuan lawatan, selain memantau kesihatan fizikal, termasuk juga kesihatan emosi.  Laporkan sebarang perubahan.

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu menyebarkan kesedaran.