Rawat Selsema Bayi Dengan Bahan Dari Dapur

kunyit

Apabila bayi menghidap selsema yanng paling susah hati sudah tentu ibunya.  Bayi kecil yang masih belum pandai menghembus hingus selalunya tidak betah duduk diam.  Merengek tidak selesa. Tidur juga tidak lena.  Doktor di klinik selalunya tidak akan membenarkan ubat selsema diberikan kepada bayi bawah setahun.  Apa yang ibu boleh lakukan?

 

Cuba rawat menggunkan kaedah tradisional iaitu menggunakan kunyit.  Hebat atau tidak orang tua zaman dahulu, rupanya benar,  Kunyit telah terbukti secara saintifik mengandungi bahan aktif bernama curcumin yang hebat dalam melawan kuman selsema.

 

Caranya mudah sahaja.

  1. Ambil kunyit hidup
  2. Bersihkan kulitnya
  3. Asah kunyit di lesung atau bahagian kasar sehingga terbit airnya
  4. Ambil kunyit beserta jusnya tadi dan sapukan di batang hidung bayi, dada, ubun-ubun dan tapak kaki anak.
  5. Biarkan sehingga kering
  6. Ulang sehingga selsema anak sembuh

 

Selamat mencuba!