Rahsia Herba Cekur Untuk Wanita Lepas Bersalin

cekur
Ulam cekur. Perkara biasa  bagi mereka yang sukakan ulam. Rasanya yang enak serta pokok yang mudah hidup membuatkan cekur agak popular dikalangan penggemar masakan kampung. Tapi tahukah anda sebenarnya cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga sangat berkhasiat untuk wanita khususnya apabila telah berumah tangga dan bersalin.

Khasiat ulam cekur

#1 Mengecutkan rahim selepas bersalin. Cara penggunan dijadikan sebagai tonik.
#2 Melancarkan dan melawaskan nifas dan haid
#3 Membuang angin dalam badan. Beri kesan segar dan badan ringan sewaktu tempoh berpantang.
#4 Mengurangkan bengkak-bengkak yang berlaku semasa bersalin
#5 Memanaskan badan
#6 Bahan yang untuk awet muda
#7 Mengembalikan tenaga.
Selain daunnya dimakan sebagai ulam dan kerabu, bahagian akarnya juga boleh direbus dan diminum. Selain itu, ia juga dijadikan kudapan dengan menjadikannya sebagai rempeyek.
 

Resepi Kerabu Pucuk Cekur. 

Bahan-bahan

  • 1 cawan kerisik
  • 2 biji lada hidup
  • 150g ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 —3 helai pucuk cekur
  • Hirisan bunga lengkuas — dihiris
  • garam secukupnya

Cara – Cara

1.Kelapa digoreng hingga kering dan diramas.

2.Lada hidup ditumbuk. Ikan bilis ditumbuk kasar.

3.Bawang besar dihiris. Asam jawa diambil airnya yang pekat.

4.Gaul kesemua bahan ini bersama dengan garam dan gula hingga sebati.

5. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!