Rahim Sudah Sihat. Bagaimana Ibu Yakin?

 

Rahim hanya ada pada wanita.  Tiada gantinya bila sudah tiada.  Sebab itulah memastikan rahim sihat, sangat penting terutamanya bagi wanita yang sudah berkahwin dan selepas bersalin.  Biar rupa buruk, badan gemuk tapi rahim sihat terjaga.

 

Bagaimana ibu tahu rahim diri sendiri sihat?.

 

Rahim merupakan organ dalaman.  Susah juga mahu menebak keadaan benda yang tidak nampak.  Kita bukan ada alatan canggih mahu digunakan seperti doktor di hospital.  Jadi, untuk mengetahui sama ada rahim ibu sihat atau bermasalah, cuba kesan masalah ini.

 

  1. Sakit apabila bersama suami atau berasa tidak selesa
  2. Masalah keputihan
  3. Kentut vagina
  4. Tidak selesa pada bahagian tumit dan tapak kaki
  5. Sakit pinggang atau nyeri di luar waktu datang haid, termasuklah di kawasan ari-ari.

 

Sekiranya ibu rasa ada masalah seperti di atas, ia merupakan petanda rahim bermasalah.  Jadi perlu cepat selesaikan.  Untuk masalah keputihan, boleh cuba rawatan moden dan juga tradisional seperti amalkan herba melayu contohnya mas cotek, manjakani, sireh dan seumpamanya.  Selain dari itu, ibu boleh meminta nasihat kepada bidan urut.  Buat urutan dan juga minta bidan tunjukkan cara senaman ringkas yang boleh diamalkan untuk kesihatan rahim.

 

Satu perkara yang perlu dijadikan rutin juga adalah ujian pap-smear.  Sekurang-kurangnya setahun sekali, selepas melahirkan anak.  Rasa malu, atau tidak penting, namun ia bakal menyelamatkan rahim wanita.

 

Walau pun nampak remeh, ia adalah perkara sulit yang penting untuk dijaga dan diamalkan pemulihannya secara konsisten.  Bukan semata-mata untuk menggembirakan suami, tetapi ia adalah amanah yang telah diberikan kepada pencipta yang perlu dijaga.