Power Pumping. Misi Penting Ibu Bila Susu Merudum

Power pumping satu frasa yang besar untuk ibu-ibu menyusu.  Tidak semua ibu menyusu memerlukan power pumping. Lazimnya ibu yang melakukan power pumping ini adalah 

1- susunya merudum atau berkurangan

2- Ibu yang mahu kembali menyusukan bayinya

3- Ibu angkat yang mula hendak menyusukan bayi angkat.

 

Teknik power pumping bukanlah magik dalam penyusuan.  Ia masih lagi menekankan konsep deman dan supply.  Lagi banyak kita menghantar signal kepada badan yang kita memerlukan susu lebih, lebih banyaklah badan menghasilkan susu.

 

Power pumping perlu menggunakan alat mengepam susu yang biasa. Sama ada pam satu corong atau pam dua corong.  Amat disyorkan untuk ibu menggunakan pam dua corong berkuasa bateri atau elektrik berbanding manual untuk mengelakkan ibu keletihan dan berputus asa.  Penting untuk ibu terus konsisten mengikut jadual power pumping walau pun hasil pada awal fasa power pumping nampak tidak memberangsangkan.

 

Cara-cara melakukan power pumping bagi pam susu dua corong.

1- Pam kedua belah payudara selama 20 minit

2- Rehat tanpa mengepam selamat 10 minit

3- Pam kembali payudara selama 10 minit

4- Rehat selama 10 minit

5- Pam semula payudara selama 10 minit.

6- Tamat sessi pertama power pumping.

 

 

Sessi power pumping boleh dilakukan beberapa kali sehari.  Sessi pengepaman susu rutin ibu perlu diteruskan seperti biasa. Power pumping sangat sesuai dilakukan pada waktu malam kerana paras prolaktin tinggi pada waktu ini.  Ibu yang melakukan power pumping perlu mengambil makanan sihat dan bernutrisi serta memastikan pengambilan air yang mencukupi.  Sekirang ibu mengambil milkbooster, jarakkan waktu power pumping selama sejam.

 

Selamat mencuba!.