Pengalaman Bersalin: Saya di bedah kali ke-4

bersalin pembedahan

“Awak tak boleh bersalin normal ni. Kita caesar ya”.  Bila dengar ayat doktor perbidanan, ramai yang tersentap. Banyak sangat desas-desus berkata bersalin secara pembedahan lebih sakit dan menyusahkan berbanding bersalin secara normal. Betul atau tidak?.

Sebenarnya, walau apa juga cara seorang ibu bersalin, ia masih satu pengorbanan yang terlalu besar dan tidak ternilai.  Keutamaan ibu yang mengandungkan anaknya selama 9 bulan 10 hari, lebih atau kurang serta melahirkan disebut dalam hadis Rasulullah  صلى الله عليه وسلم di antaranya seperti berikut:

 

Pahala syahid untuk wanita yang meninggal semasa melahirkan anaknya:

“Dan wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan itu syahid.’ (HR. Abu Daud, 3111, disahihkan oleh An-Nawawi di Syarh Muslim, 13/62).

 

Bagi ibu yang telah disahkan oleh doktor akan bersalin secara pembedahan. Jangan panik. Bila anda telah bersedia sejak awal kehamilan. Segalanya lebih terancang. Bukan saja persediaan menyambut kelahiran bayi, malah cara berpantang dan paling penting bagaimana ibu boleh pulih dengan cepat dan tenang.

 

La Mamma berkongsi dengan pembaca pengalaman seorang ibu yang telah bersalin secara pembedahan sebanyak empat kali.

 

Puan Ummi (bukan nama sebenar) bersyukur atas kelahiran bayinya yang keempat baru-baru ini.  Kesemua anaknya dilahirkan secara pembedahan. Walau pun Puan Ummi bersalin secara pembedahan tiada penyesalan tergambar diwajahnya. Puan Ummi nampak segar dan cergas walau pun masih dalam pantang.

 

Kata Puan Ummi, rahsianya adalah konsisten dengan amalan pemakanan suplemen. Kandungan suplemen yang diamalkan adalah gabungan “superfood” yang mana sebahagian besarnya adalah bahan makanan sunnah. Selain daripada itu, diet harian perlu dikawal untuk mengelakkan masalah darah tinggi dan kencing manis (gdm). Alhamdulillah segalanya terkawal dan masalah gdm dan darah tinggi selesai selepas bersalin.  

 

Seperti kelahiran secara pembedahan yang biasa, tarikh pembedahan telah dirancang bersama doktor.  Puan Ummi dijadualkan bersalin pada minggu ke-38. Syukur segalanya mengikut perancangan dan tiada episod yang mencemaskan sepanjang tempoh pembedahan dijalankan.  Lahirlah buah hati kesayangan tanggal 10 Ogos 2017 di hospital Tey Maternity, Muar, Johor.  

 

Puan Ummi dibenarkan pulang selepas tiga hari dipantau oleh doktor di wad. Bertanya tentang tahap kepuasannya semasa berada di hospital berkenaan, kata Puan Ummi “ Ya, highly recommended. Doktor yang sangat berpengalaman dan servis yang bagus”.

 

Kongsi Puan Ummi lagi. Sesuatu yang menakjubkan kerana kali ini semuanya lebih indah.  Selepas kesan bius hilang, beliau tidak merasa sakit yang menakutkan seperti kelahiran yang sebelum ini.  Kali pertama menaiki kereta juga tidak membuatkan muka berkerut menahan hentakan dan gegaran kereta yang menyakitkan kesan pembedahan. Syukur sungguh.

 

Luka juga nampaknya lebih cepat sembuh dan badannya rasa lebih sihat dan bertenaga. Penyembuhan lebih cepat berbanding dahulu.  Katanya suplemen yang diamalkan sepanjang hamil dan juga selepas bersalin, rasanya membantu penyembuhan kali ini.

 

“Ummi menyarankan ibu-ibu hamil mengamalkan La Mamma Prenatal sepanjang kehamilan dan Postnatal selepas bersalin. Terima kasih La Mamma! Seronok hamil dan berpantang kali ni. Rasa lebih sihat dan bertenaga. Muka pun berseri-seri. Susu meriah, seronoknya rasa.”

 

Syukur alhamdulillah.  Begitulah perkongsian dari Puan Ummi. Jadi, ibu-ibu diluar yang akan menjalani kelahiran secara pembedahan. Usah gusar. Ada penyelesaiannya. Ada usaha yang boleh diikhtiarkan dan selebihnya adalah dalam kehendak dan kekuasaan Allah taala