Pelekat Berwarna di Buku Mengandung. Apa Maksudnya?

trimester ketiga

Tahniah!. Puan disahkan hamil.

 

Gembira sungguh rasa di hati.  Apa yang perlu anda lakukan selepas anda tahu anda hamil?. Ibu perlu memastikan kesihatan diri dan bayi dalam keadaan yang optimum.  Macam mana hendak mengesahkan kesihatan ibu dan anak tip top?.  Sudah tentu melalui pemeriksaan kesihatan di klinik yang berkaitan.  Senang cerita ibu perlu ke klinik ibu dan anak untuk melakukan pemeriksaan rutin bulanan.  Tipikalnya orang ramai akan sebut, buka buku pink.  Sebab, buku rekod pemeriksaan bulanan itu berwarna pink.

 

Bagi klinik kerajaan, lazimnya jika tiada sebarang masalah, klinik akan memberikan anda buku rekod rutin pemeriksaan bulanan apabila kandungan anda melebihi 12 minggu.  Andai kata anda datang awal iaitu pada 4 minggi kehamilan contohnya, pemeriksaan kandungan anda seterusnya adalah pada minggu ke-12.  Tapi tidak salah untuk datang awal ke klinik untuk memastikan tahap kesihatan anda.

 

Perasan atau tidak, sebenarnya di bahagian atas kanan buku pink anda terdapat bahagian untuk menampal pelekat berwarna yang menunjukkan kadar risiko kandungan semasa.  Terdapat empat warna pelekat iaitu putih, hijau, kuning dan  merah.

 

 

Kod -kod ini di guna pakai oleh ahli perubatan untuk mendapat pengecaman pantas pada ibu. Setiap warna pada pelekat tersebut mempunyai maksud tertentu iaitu:

  • Kod putih untuk ibu hamil yang tiada risiko dan boleh bersalin dimana-mana pusat bersalin termasuk di rumah sendri

 

  • Kod Hijau dengan risiko tertentu seperti si ibu mempunyai RH negetif , berat badan ibu kurang dari 45 sebelum mengandung, kandungan lebih dari satu, Hb rendah, bayi songsang dan lain-lain masalah lagi yang mana perlu dirujuk kepada doktor atau pegawai perubatan untuk tindakan lanjut jika perlu.

 

  • Kod Kuning untuk ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan bersama dengan hospital , hb kurang dari 9.5gm% dll. Dimana ibu hamil dengan kod ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan keluarga / O & G .

 

  • Kod Merah bagi ibu hamil yang berisiko seperti menghidap sakit jantung, anemia, eklampsia, preeklampsia kontraksi rahim pra matang dll yang memerlukan kemasukan ke hospital dengan segera jika berlaku sebarang masalah dipihak ibu atau kandungan.

 

Kod warna yang terbaik adalah berwarna putih.  Sangat dinasihatkan ibu menjaga kesihatan pada kondisi yang terbaik terutamanya ibu yang mengandung kali pertama.