Nak Berpantang Moden Atau Adat?

Berpantang selepas bersalin ada pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza.  Ada yang boleh terjungkit kening kalau kata berpantang selepas bersalin itu karut.  Ada pula yang rasa tidak puas hati bila kata tak perlu berpantang, janji rehatkan badan hingga rasa segar.  Mana satu yang betul dan yang mana satu yang ibu ikut?

 

Sedangkan antara pengamal perubatan tradisional juga mempunyai perbezaan pendapat.  Inikan pula perbezaan antara pandangan moden dan saintifik serta tradisional.  Apa yang lebih penting sebenarnya adakah ia menurut syariat agama?.

 

Berpantang dari segi fiqh dan sejarah Islam.

Di dalam sejarah Islam tiada menceritakan amalan berpantang orang Arab.  Hanya yang ada adalah berkenaan penyusuan susu ibu.  Contohnya dari sirah nabawi, Nabi Muhammad disusukan oleh ibu susuan yang duduk di kampung.  Ada hikmah mengapa ibunda Nabi memilih untuk menyerahkan anaknya kepada penduduk kampung. Antaranya suasana kawasan anaknya akan dibesarkan nanti disamping kualiti yang ada pada Halimatus Saadiah.

 

Selain itu ada juga diceritakan berkenaan mencukur rambut, bersedekah dan juga akikah untuk anak baru lahir.  Tiada sejarah berkaitan ibu yang tidak boleh keluar dari rumah, atau makan apa dan apa.

 

Dari segi fiqah pula, hanya menyentuh berkenaan tempoh nifas dan amalan yang diharamkan sepanjang nifas.  Iaitu apa-apa yang diharamkan semasa tempoh haid.  Begitu juga berkenaan waktu untuk mandi wiladah dan juga mandi wajib setelah tamat nifas.  Tempoh nifas pula paling panjang tempohnya 60 hari dan paling kurang nifas adalah sesaat.  Jadi, selama tempoh nifas selagi darah belum kering, ibu bersalin diharamkan dari melakukan ibadat yang berkehendakkan suci dari hadas besar seperti solat, puasa dan tawaf.  Tiada pula termaktub larangan berkaitan pemakanan dan pantang larang keluar rumah.

 

Berpantang Adat

 

Jadi, berpantang selepas bersalin boleh dikatakan sebagai adat.  Bukan sahaja untuk oranng Melayu.  Orang seperti Cina, India, dan Arab juga ada cara berpantang masing-masing.  Adakah berpantang mengikut adat ini wajib?.  Nama pun adat, sudah tentu tidak.  Ia boleh diamalkan untuk menjaga badan demi kebaikan.  Melainkan ia bertentangan dengan syariat dan ada unsur syirik maka ia jatuh haram.  Contohnya melakukan adat lenggang perut dan berjampi yang bertauhidkan selain Allah.  Haram hukumnya.

 

Kesimpulannya berpantang selepas bersalin tujuannya untuk pulihkan kesihatan badan yang letih semasa proses bersalin.  Pulihkan luka semasa proses bersalin serta mengembalikan struktur tubuh dan fisiologinya seperti sebelum hamil.  Pilihan untuk berpantang secara moden atau tradisional masing-masing boleh pilih.  Raikan perbezaaan dan tidak perlu jungkit kening berkata yanng bukan-bukan.