Menu Hari Raya Ibu Pantang Bersalin

 

Berpantang di kampung bersama adik-beradik, makcik dan sepupu dan berhari-raya bakal membuatkan ibu terobek di hati.  Semua yang lain berseronok menikamati juadah lazat di pagi hari raya, manakan pula ibu berpantang redha melihat sahaja.

Jangan gundah, apa kata sediakan menu berpantang ala-ala lauk hari raya. Nampak meriah, tapi masih berkhasiat dan masih menjaga tertib berpantang.

 

Kali ini Ellsee berkongsi resepi Daging Black Pepper Aidilfitri

 

 

BAHAN-BAHAN

 

  • 250gm daging lembu (Dihiris nipis)
  • 1 biji bawang holland (Dihiris)
  • 5 biji bawang putih (Dicincang halus)
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

 

CARA-CARANYA

 

  • Sebelum mula memasak, selepas cuci daging, perap bersama lada hitam dan halia tumbuk. Biarkan selama setengah jam.
  • Selepas itu, mulakan memasak daging
  • Panaskan minyak masak, goreng daging hingga agak garing tetapi jangan terlalu kering.
  • Asingkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.  Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan kicap masin dan manis
  • Masukkan daging dan kacau hingga agak kering
  • Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland
  • Kacau rata hingga bawang agak layu
  • Angkat dan hidangkan. Elok dimakan hangat bersama nasi panas.

 

Selamat mencuba!