Masalah Ibu Hamil Sampai Tak Lalu Makan?. Ini Tips Untuk Anda.

MakananIbuHamil

Mengandung sudah semacam satu episod yang sebahagian besarnya adalah berkenaan makanan.  Ada pelbagai jenis ibu hamil.  Ada yang bermasalah betul untuk makan.  Ada pula yang masalah apabila berjumpa makanan.  Ada yang mahu makan tapi kena berpantang.  Ada yang alhamdulillah segalanya lancar, pantang pula berjumpa makanan.

Tapi hakikatnya mengandung atau tidak, konsep makan sama juga seperti waktu tidak hamil.  Masih perlu menjaga jumlah kalori, kawalan berat badan, makan untuk diri sendiri bukan pula untuk berdua.  Lebih-lebih lagi untuk mengawal fisiologi tubuh badan ketika hamil kerana semuanya berkait dengan hormone.  Tidak lalu makan, rasa mual, sakit pinggang, bengkak kaki, dan masalah yang biasa dihadapi ibu hamil, SEMBELIT! Ughh.  Berat keluhan mereka yang mengalaminya.

La Mamma berkongsi sedikit maklumat berkenaan gaya pemakanan yang boleh membantu ibu melalui hari-hari kehamilan dengan tenang dan gembira.

Morning sickness

Masalah awal kehamilan adalah morning sickness.  Ada yang alah dengan bau. Ada yang tak boleh bangun pagi.  Makan pun perlu memilih. Ada yang bau makanan saja terus mual.  Ada yang boleh makan, baru 5 minit sudah lari ke bilik air.  Ada bermacam ragam. Ibu boleh cuba amalkan tips di bawah ini.

#1 Makanan yang sejuk seperti yogurt, smoothie, buah yang disejukkan, overnight oat dan sebagainya. Ibu yang mempunyai hidung yang sensitive sangat digalakakkan mencubanya kerana makanan yang panas kadangkala mencetuskan gag reflex atau rasa mual.

#2 Biskut kering.  Letakkan di sisi katil. Mulakan pagi dengan kunyahan biskut kering.  Ada ibu sukakan rasa yang sedikit masin. Jadi kena cuba jaya untuk elakkan perasaan mual di pagi hari.  Pertu yang kosong lebih mudah mengundang rasa mual, kunyahan biskut kering mungkin membantu.

#3 Bau lemon.  Bau lemon menyegarkan.  Simpan lemon di dalam peti dan hidu di pagi hari. Ia menyegarkan.  Atau pun boleh juga gunakan diffuser Bersama pati minyak lemon.

Sembelit.

#1 Amalkan makanan yang merangsang penghasilan serotonin seperti brokoli di pagi hari. Hormon serotonin membantu meringankan sembelit.

#2 Jangan lupakan gandum penuh. Ia sangat membantu memandangkan ibu hamil menghadapi masalah kelembapan proses penyahtinjaan.  Gandum penuh mempunyai sifat menyimpan air yang membantu tinja menjadi lebih lembut dan mudah dibuang sekaligus mengelakkan sembelit.

#3 Buah-buahan dan sayur-sayuran.  Ada ibu hamil yang tidak boleh makan sayuran berdaun. Tapi jangan hadkan. Sayuran ada banyak. Begitu juga buah-buahan. Tidak rugi membuat pencarian sayur dan buah apa yang sesuai untuk anda. Jika dah berjumpa anda boleh elakkan mual dan sembelit sekaligus. Untung bukan?

Sakit belakang.

Ada ibu yang tidak dapat mentafsirkan sakitnya. Mungkin sakit di belakang atau di pinggang atau pun di sepanjang punggung ke peha.  Berbincang dengan perawat. Mungkin ia adalah sciatica.

#1 Coklat gelap atau dark coklat membantu meringankan masalah sciatica.

#2 Amalkan makanan mengandungi vitamin A, vitamin B, dan omega-3.  Contohnya pisang, tomato, lobak, walnut dan salmon.

Kredit:

1)      Babycentre.com

2)      Fitpregnancy.com

3)      Webmd.com