Kisah Realiti Ibu Bersalin Caesar Kali ke-4. Diuji Tak Boleh Berjalan Hingga Naik Kerusi Roda ke Klinik.

Bersalin secara caesarean, ada yang sukakannya hingga menjadi pilihan utama perancangan bersalin.  Tidak kurang juga ibu yang mengatakan bersalin caesar merupakan pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Puan Norsahida Md Said, salah seorang ibu yang telah melalui detik-detik cemas semasa tempoh hamil dan juga bersalin secara caesarean.  Dek pengalaman yang pelbagai ini Puan Norsahida atau lebih mesra di panggil Kak Sheda berkongsi kisah, berkongsi rahsia dan juga tips kepada ibu-ibu yang bakal bersalin melalui kaedah caesarean.  Bukan itu sahaja, ibu yang sudah pun merasai pengalaman caesar turut dapat sedikit sebanyak tips untuk menguruskan diri selepas pembedahan agar lebih sihat.

Pengalaman Kali Pertama dan Seterusnya Caesar juga kali kedua

Seperti biasa bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan, apatah lagi secara pembedahan. Semuanya terasa kekok.  Pengalaman pertama yang menyedihkan membuatkan Kak Sheda belajar banyak perkara.

Namun apakan daya, untuk kali yang kedua, Kak Sheda dimaklumkan oleh Doktor terpaksa melahirkan bayi yang dikandungnya kali itu, secara pembedahan juga.  Hati redha dan minda telah di set untuk menerima Qadha dan Qadar Allah.

Rupanya ia adalah teknik berkesan.  Apabila minda dan emosi bersedia, badan memberikan isyarat yang baik dan bekerjasama sehinggakan pengalaman bersalin caesarean kali kedua lebih mudah.

Kali Ketiga Berlaku Perkara Tidak Disangka

Waktu itu tahun 2011.  Kak Sheda dan suami telah bersedia. Memang sudah tahu, jika dua kali sudah melalui caesarean, tiada pilihan lain untuk kali yang ketiga.  Caesarean juga.

Langit tak selalunya cerah.  Rupanya kali ini, operasi bius tidak berjalan dengan elok.  Kak Sheda terpaksa dibius kali kedua.  Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Trauma!.

Tapi tiada istilah patah balik.  Semunya diteruskan seperti biasa.  Kali itu, walaupun permulaannya mengerikan, ada juga rezeki yang kunjung tiba.  Doktor yang menjalankan pembedahan sangat baik.  Kesan pembedahan sebelum ini dipuji oleh doktor, elok dan cantik sangat.  Hingga Kak Sheda diberi soalan cepu emas.

” Awak nak sorang lagi”

Terkejut campur seronok.  Walaupun anak ketiga Kak Sheda adalah perempuan setelah 2 orang anak lelaki, Kak Sheda tetap teruja.  Kak Sheda bersetuju untuk tidak BTL atau ikat rahim.

 

Rupa-rupanya Kak Sheda menjadi orang pertama yang akan bersalin secara caesarean melebihi tiga kali di hospital itu.  Pengalaman luar biasa.  Sudah tentu ianya bersyarat iaitu keadaan kesihatan dan juga kesan pembedahan sebelumnya yang elok dan cantik.

Ada Rezeki Untuk Yang Keempat

Pengalaman hamil dan bersalin secara caesarean tidak membuatkan Kak Sheda duduk diam.  Kak Sheda berusaha untuk membantu ibu-ibu diluar sana agar dapat hamil dan bersalin lebih sihat, walau pun secara pembedahan.

 

Siapa sangka, dalam pada Kak Sheda sedang berusaha menghasilkan produk untuk ibu hamil dan bersalin Kak Sheda disahkan hamil kali ke-4.

Bagaimana keadaannya kali ini?.

Hamil kali ke-4 lebih mencabar.  Dengan sejarah kesihatan yang ada, Kak Sheda terpaksa mengambil suntikan cairkan darah sebulan sebelum bersalin.  Kak Sheda redha.  Produk yang Kak Sheda formulasi tetap diteruskan.  Rupanya ia memberikan kesan positif.  Kak Sheda tak perlu disuntik insulin walau pun GDM.  Suatu kelegaan.

Namun, Kak Sheda diuji lagi. Kak Sheda tidak dapat mengangkat kaki.  Rasanya terlalu berat.  Sehingga Kak Sheda terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke Klinik.  Syukur ada suami yang banyak membantu.  Banyak perkara yang diuruskan suami.  Waktu ini sokongan dari orang tercinta sememangnya sangat memberikan semangat dan motivasi buat isteri.

Proses pembedahan caesarean berjalan lancar.  Cuma, peliknya kali ini segalanya istimewa.  Hingga bilik dan pemantauan lebih istimewa.  Mungkin kerana Kak Sheda ibu pertama bersalin caesarean kali ke-4.

Kisah ini tidak tamat begitu sahaja.  Kak Sheda tumpah darah pula. Darah beku terpaksa dikeluarkan oleh doktor dengan cara yang tidak disangka-sangka.  Kak Sheda diseluk lagi!. Hati menangis menangis kesakitan hingga merayu kepada doktor untuk berhenti segera.  Tapi demi keselamatan Kak Sheda, semuanya wajib segera dilakukan.

Alhamdulillah. Akhirnya semua selamat jua.  Kak Sheda ditolak ke wad biasa tanda segalanya dalam keadaan baik.  Bayi ke-4 Kak Sheda juga sihat, dan hanya mengalami jaundis 1 hari sahaja.  Susu pun melimpah ruah, rezeki untuk anak bagi mempercepatkan bilirubin disingkirkan.

Bagaimana dengan kaki Kak Sheda?.

Mulanya sedikit khuatir tidak dapat bangkit seperti biasa.  Syukur sekali lagi.  Segalanya pulih sedia kala. Tidak perlu lagi berkerusi roda.  Lebih mengejutkan lagi doktor mengesahkan luka pembedahan juga sudah kering dan elok dalam masa yang singkat.  Hanya tiga hari.

Proses berpantang menjadi lebih menggembirakan.  Kak Sheda rasa lebih sihat dan bertenaga berbanding sebelumnya.  Jika orang kata bersalin caesar tidak boleh bertungku dan berurut, Kak Sheda sudah mulakannya seawal 2 minggu lepas bersalin.  Bukan hendak melanggar arahan, tapi sakit dan pedih sudah tidak terasa.  Boleh dikatakan sudah sihat.

” Alhamdulillah, Allah bagi ilham untuk akak sediakan suplemen khas untuk ibu c-zer. Dan Akak adalah testimoni pertama untuk produk sendiri”.

Kak Sheda akhiri perkongsian pengalamannya dengan harapan secerah bintang untuk ibu-ibu yang gundah gulana untuk menghadapi caesarean.