Isu Khitan Bayi Perempuan. Apa yang ibu bapa perlu tahu.

Akikah, bercukur dan bertahnik sudah menjadi kelaziman dalam perbincangan kelahiran bayi. Bersunat atau khatan untuk anak lelaki juga sudah menjadi satu acara dalam keluarga.  Bagaimana pula dengan khitan bayi perempuan?.  Jarang-jarang kedengaran, apatah lagi bila ada kenduri-kendara mengacarakan majlis khitan perempuan.

 

Mengkhitankan anak perempuan anda bukanlah satu perkara ikut-ikutan.  Jadi, sebelum melakukannya, ibu bapa perlu tahu beberapa perkara.

 

#1 Hukum dan kaedah

 

Khitan bayi perempuan bukanlah membuang sehingga mencacatkan kemaluan seperti yang diamalkan sebahagian bukan Islam.  Khitan untuk perempuan hanyalah memotong bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong. Ini berdalilkan hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:

 

لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ
Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.”

 

Kredit : Mufti Wilayah Persekutuan.

 

#2  Usia untuk mengkhitan anak?

 

Usia yang sesuai untuk mengkhitankan anak perempuan adalah sewaktu masih bayi. Berbanding khatan untuk anak lelaki ada yang melaksanakannya semasa anak sudah pun berumur 7 tahun. Khitan anak perempuan pula seeloknya semasa berumur 3 bulan hingga setahun.  Jika berkhitan apabila umur anak telah besar, mendatangkan malu dan kesukaran untuk menjaganya.

 

#3 Di mana hendak melakukannya?

 

Lazimnya khitan bayi perempuan dilakukan oleh doctor yang bertauliah.  Tidak semua klinik yang memberikan perkhidmatan khitan bayi perempuan.  Jadi ibu bapa perlu bertanya dahulu dan membuat temujanji di klinik berkenaan.

 

Proses berkhitan bayi perempuan sangat mudah.  Ia bukanlah luka yang besar dan berdarah yang melampau.  Kadangkala hanya setitik darah didapati di lampin pakai buang bayi.  Ia juga lebih cepat baik berbanding penjagaan khatan bayi lelaki atau kanak-kanak laki-laki.  Maka, ibu bapa tidak perlu risau berlebihan dan boleh bertenang.

 

Khitan untuk bayi perempuan walaupun jarang kedengaran, ia bukanlah disebabkan orang tidak melakukannya.  Tetapi lebih kerana ia dilakukan secara tertutup.  Hikmahnya menunjukkan kehormatan wanita.  Khitan juga memberikan wajah ceria pada wanita dan membahagiakan suaminya.

 

“Lakukanlah khitan dan jangan berlebihan (potonglah sdikit dengan ringan), karena kalau hanya memotong sedikit (tidak berlebihan), dapat menjadikan wajah lebh ceria dan membahagiakan suami.” (HR. al-Hakim, al Thabrany, a-Baihaqy dan Abu Nu’aim).

 

Wallahualam.