Khasiat Lada Pintal Untuk Ibu

Lada pintal?.

 

Jika sebelum berkahwin perkataan jamu dan herba merupakan perkara asing dalam kehidupan wanita.  Tetapi apabila sudah melahirkan anak, walaupun tidak menggunakannya paling tidak seorang ibu pasti akan mendengar sedikit sebanyak tentang herba dan jamu.  Contohnya seperti manjakani, serapat dan lada pintal. 

 

Apatah lagi apabila produk jamu dan herba acapkali muncul di kaca televisyen yang mempromosi kegunaan herba dan jamu semasa berpantang dan selepas melahirkan anak bagi memantapkan kesihatan dalaman dan luaran wanita.

 

Salah satu herba tradisional melayu yang biasa digunakan untuk wanita dalam pantang adalah lada pintal.  Namanya sangat unik.  Apakah rahsia khasiatnya sehingga ia seringkali digunakan dalam rumusan tradisi pemakanan ibu dalam pantang?.

 

KHASIAT LADA PINTAL

 

Lada pintal atau juga dikenali sebagai cabai pintal dengan nama saintifiknya Fructus Helecteres Isora dipercayai berasal dari India dan boleh juga didapati di Selatan China, Semenanjung Malaysia, Jawa, Arab Saudi dan ada juga dilaporkan di Australia. Ia sejenis pokok renek, sama seperti pokok cili biasa.  Lada pintal berwarna hijau semasa muda dan coklat apabila dikeringkan.  Seperti namanya, lada pintal ini sama seperti cili biasa tapi bentuknya seperti dipintal.

 

Kajian secara saintifik menunjukkan lada pintal ini merupakan antioksidan, antikanser, anti-diabetic dan antimicrobial.  

 

Di India, serbuk lada pintal ini biasanya di gunakan sebagai bahan untuk membuat ladu dan diberikan kepada ibu selepas bersalin untuk menyihatkan badan selepas melahirkan anak.  Selain itu lada pintal ini juga berkhasiat untuk

  • astringen,
  • penyejuk badan,
  • sakit perut,
  • kembung perut,
  • kolik,
  • kencing manis,
  • cirit-birit
  • menawarkan bisa ular
  • melancarkan peredaran darah ibu lepas bersalin.

 

Menarik bukan?.  Namanya sahaja herba tradisional Melayu.  Rupa-rupanya sudah siap kajian saintifik.