Kesan Parut Di Perut Selepas Hamil?. Cuba Amalkan 3 Petua Ini.

 

Semasa hamil, lazimnya berlaku perubahan hormon dan juga perubahan berat yang mendadak menyebabkan terjadinya parut rekahan di kulit sekitar perut, pinggul, peha dan payudara.  Tidak dapat tidak, timbul perasaan sedih, seriau dan tidak puas hati pada kesan beralur yang menyakitkan mata.  Parut bercorak seperti tembikai itu dikenali sebagai kesan regangan kulit atau stretch mark.

 

Kali ini La Mamma ingin berkongsi petua menggunakan bahan dari dapur yang boleh diamalkan untuk memudarkan atau menghalang daripada stretch mark terjadi.

 

#1 Aloe Vera

 

anti stretch marks

 

Gunakan jeli aloe vera dan sapukan di kawasan berkenaan. Biar selama satu jam dan bilas. Aloe Vera membuatkan kulit jadi sihat dan anjal. Lakukan secara berkala untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

 

#2 Papaya

 

Tahukah anda bahawa papaya atau betik mempunyai bahan aktif yang bagus untuk kulit?. Papain yang terkandung dalam betik bagus untuk menyingkirkan sel kulit mati.  Caranya, lenyekkan atau kisar betik masak. Kemudian sapukan di kawasan stretch marks. Biarkan selama setengah jam atau sejam dan cuci. Kesan rekahan akan semakin pudar dan kurang menggerutu.

 

#3 Kentang

 

Kentang juga hebat untuk meningkatkan elastisiti kulit. Kesan penggunaannya menjadikan kulit anda menjadi anjal dan sihat.  Terima kasih kepada antioksidan, Vitamin A, dan C yang terkandung di  dalam kentang. Hanya potong kentang dan sapukan ke kulit. Biar hingga kering kemudian bilas. Lakukan secara berkala untuk kesan yang terbaik.

 

#4 Limau Nipis

 

Gunakan air perahan limau nipis bersama kapur makan. Sebatikan dan oleskan pada bahagian bermasalah. Jika disapu ke bahagian perut, pinggul dan peha, bagus juga jika anda balutkan dengan bengkung dan biarkan semalaman. Biasanya petua tradisi ini diamalkan juga semasa berpantang.

 

#5 Minum air

 

Perkara yang paling mudah dilakukan, adalah minum air mencukupi. Kekurangan air menyebabkan kulit anda cepat bermasalah. Kekal terhidarasi untuk kulit yang anjal, lembut dan cantik.

 

Stretch marks, jika sudah terjadi ia tidak akan hilang seratus peratus. Hanya boleh memudarkannya. Selain daripada petua tadi, boleh juga gunakan krim stretch mark yang berada di pasaran. Kata kuncinya hanya RAJIN.