Kenapa Susu Dia Banyak…

bersalin pembedahan

 

Galau rasa hati bila tarikh untuk masuk bekerja semula semakin hampir, tetapi stok untuk bekal susu anak ke rumah pengasuh masih tiada sebotol pun. Bila join group support tambah lagi rasa sedih bila tengok ibu lain ada banyak susu.  Kita pula bila pam keluar setitis dua.  Bertambah-tambah sedih.  Kadang-kadang tengok ibu yang kecil, badan genit tapi susunya lagi banyak. Mula dalam kepala timbul persoalan. Kenapa?.

 

Sebenarnya konsep penyusuan bukan terletak pada saiz badan mahu pun payudara.  Bukan juga semata-mata bengkak susu sebagai ukuran. Ia mudah. Konsepnya SUPPLY AND DEMAND.  Lebih banyak yang anda perlukan, lebih banyaklah badan anda akan menghasilkan susu.  Jadi apa yang ibu perlu lakukan?

 

  1. Mulakan memerah susu

    • Memerah susu boleh dilakukan seawal 2 minggu selepas bersalin.  Jangan tunggu payudara bengkak baru hendak menyusu. Ini boleh akibatkan susu jadi berkurangan.  Susukan bayi sehingga bayi kenyang. Sekurang-kurangnya 20 minit bagi sebelah payudara.  Jika bayi masih lapar, sambung menyusu payudara sebelah lagi.  Apabila bayi telah kenyang, terus kosongkan payudara dengan memerah susu
  2. Jangan biar payudara tidak dikosongkan terlalu lama

    • Susukan bayi anda secara rutin. Antara 2-3 jam.  Begitu juga dengan mengepam susu.  Jika bayi anda tidak mahu menyusu pamkan sahaja dan simpan sebagai stok susu.
    • Jika anda biarkan susu tersimpan lama, ia menyebabkan badan menghantar signal susu tidak diperlukan. Risiko susu merudum meningkat
  3. Teruskan rutin walau pun telah bekerja

    • Walau pun sudah habis berpantang, rutin mengosongkan susu mesti diteruskan.  Dinasihatkan ibu menggunak double pump yang menjimatkan masa mengepam daripada 40 minit kedua belah payudara kepada 20 minit sahaja.
    • Pam susu secara tetap 3 jam sekali. Contohnya boleh pamkan susu dalam perjalanan ke pejabat lingkungan jam 7 pagi.  Kemudian teruskan sesi seterusnya jam 10 pagi, jam 1 tengah hari, jam 4 petang dan apabila pulang terus susukan bayi anda.  Dengan rutin sebegini, badan akan menghantar signal susu diperlukan secara rutin.
  4. Jangan bandingkan

    • Usah buat perbandingan.  Kadangkala ia menyesakkan kepala dan buat anda stress.  Yakinlah rezeki Allah yang beri.  Usaha yang dijalankan oleh kita juga adalah kurniaan dari-Nya.  Buat apa yang perlu.
  5. Jangan lupa berdoa

    • Sesungguhnya yang memberi rezeki adalah tuhan. Jadi berdoalah ibu. Semoga ada rezeki yang mencukupkan untuk anak tercinta. Hati yang tenang dan redha memberikan hormon cinta dan badan yang bagus untuk menghasilkan susu berkualiti untuk anakandamu.

 

Semoga mendapat manfaat.