Kenapa Air Kosong Tidak Bagus Untuk Bayi?

“Jangan lupa beri air kosong dekat anak ni. Nanti kuning tak turun-turun. Badan anak panas”.

 

Terkilan si ibu bila dengar nasihat ibu tua.  Bukan mahu mendabik dada dengan ilmu yang ada.  Tapi apalah gunanya ilmu yang sahih jika tidak dapat dimanfaatkan.

 

Ia adalah perkara biasa.  Satu amalan yang sering diambil mudah oleh ramai ibu bapa, iaitu pemberian air masak, atau lebih tepat air kosong. Air kosong adalah air tanpa khasiat untuk bayi kecuali untuk menambah bendalir dalam badan. Dan sesungguhnya susu ibu telah mengandungi 81% bendalir yang diperlukan oleh bayi. Sudah cukup!.

 

Mengapa air kosong tidak bagus untuk bayi:-

Merencatkan Akal:-

Akibat peningkatan bilirubin dan memburukkan penyakir jaundis sehingga boleh merencatkan akal. (Pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham). Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

 

Mengancam Nyawa Melalui Pencemaran:

Siapa yang dapat membuat jaminan dan membuat analisa biokimia setiap kali ingin memberi bayi minum?. Peratusan pencemaran melalui air sangat tinggi. Ingatlah.

 

Mengakibatkan Sawan Tarik :-

Terlalui banyak air mencairkan garam dalam darah bayi dan menyebabkan gejala kembung dan sawan tarik. Suhu badan bayi juga menurun dan rendah dari sepatutnya.

 

Menghakis:-

Air kosong bersifat menghakis kebaikan susu ibu dan menyebabkan bayi terdedah kepada jangkitan.

 

Jadi kesimpulannya sudah tahu bukan. Untuk bayi kurang dari enam bulan, nutrisi terbaik adalah susu ibu dan susu ibu sahaja. Bagaimana menambah baik kesihatan bayi kesayangan anda. Ibulah yang harus makan nutrisi yang baik-baik dan berkhasiat. Gunakan makanan tambahan untuk menambah baik kualiti nutrisi susu anda. Sekarang sudah banyak dipasaran. Pilih sahaja. Tidak perlu proses sendiri. Senang bukan!.