Hubungan Intim Selepas Tempoh Berpantang

Nampak macam taboo untuk dibincangkan.  Tapi apabila bercakap tentang hakikat, setiap pasangan suami isteri yang melahirkan anak akan menghadapinya.  Ada ibu yang baru lepas bersalin rasa khuatir untuk melakukan hubungan intim selepas bersalin.  

 

Bila Boleh Melakukan Hubungan Intim?

Berdasarkan hukum Fiqah, haram untuk bersama dengan suami semasa dalam nifas.  Tetapi lazimnya dalam adat berpantang orang melayu, tempoh berpantang daripada melakukan hubungan intim selalunya diteruskan sehingga 60 hari dan ada juga sehingga 100 hari terutamanya ibu yang bersalin melalui pembedahan.

Apa Tanda-tanda Bahaya Untuk Ibu Bersama dengan Suami

Apabila telah bersedia suami dan isteri, boleh saja bersama. Tetapi awasi sekiranya ibu mengalami rasa sakit, mempunyai rembesan faraj, faraj berbau, atau pendarahan.  Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dan rawatan lanjut.

 

Peranan Suami

Suami perlu memahami keadaan isteri yang keletihan, dan juga perubahan hormon yang berlaku.  80% wanita kurang rasa ghairah untuk melakukan hubungan.  Masing-masing perlu berbincang dari hati ke hati berkenaan perkara ini.  Carilah masa dan ruang untuk bersama berdua.  Hubungan intim boleh juga bermaksud sekadar pelukan dan ciuman mesra dari hati ke hati.

Perancangan keluarga

Merancang untuk menjarakkan keluarga juga sesuatu isu yang mesti dibincangkan.  Salah satu kriteria rawatan susulan selepas bersalin adalah berkenaan perancangan keluarga.  Sekiranya anda dan suami membuat keputusan untuk merancang melalui kaeda semulajadi, anda perlu cakna tentang kiraan kitaran haid dan waktu subur untuk mengelakkan kehamilan yang rapat.

 

Berikut adalah cara untuk mengira waktu subur isteri.

​HARI SUBUR​

#1  Anda Catit Hari Pertama Haid Anda Datang.
​Cth : 1hb Oct 2017

#2 Kirakan JUMLAH BILANGAN HARI dari hari pertama Haid ni datang ke Hari Pertama Haid akan seterusnya. ​Cth : 28 hari.​

#3 Bahagikan dengan 2 drp No.2 = ​Cth: 28/2 =14 hb Oct 2017.​ Ini adalah hari ovulasi berlaku, iaitu ovum isteri dikeluarkan.  Ia merupakan HARI PALING SUBUR isteri.

#4 Sperm atau AIR MANI boleh bertahan 3 HARI atau selama 72 jam.

#5 Maka pasangan suami isteri perlu mengelakkan hubungan intim 3 hari sebelum hari ovulasi, dan 3 hari selepas ovulasi. Kalau megkiut contoh tadi, 12, 13, 14, 15, 16 haribulan adalah waktu subur isteri.

 

Fahami ketakutan anda, bincang dan bersama-sama mengharungi proses ini membuatkan hubungan anda semakin erat.