Haid Semasa Hamil. Boleh atau Tidak?.

 

Pernahkah anda dengar tentang kehamilan pelanduk?. Atau pernahkah anda dengar ibu hamil yang tidak sedar beliau hamil sehingga sudah lewat kandungan?.

Kehamilan pelanduk ini sebenarnya ibu yang hamil masih lagi didatangi haid setiap bulan, atau pun beberapa bulan awalnya. Dalam logik akal biasa, bila dikatakan ibu hamil sudah tentu tiada haid bulanan sehinggalah ia melahirkan anak. Namun, sebenarnya ia tidak mustahil.  Islam turut menggariskan panduan Feqah berkenaan hamil dan juga didatangi haid. Jadi ia pernah berlaku dan bukan mustahil. Namun, dari segi perubatan dikatakan kandungan itu tidak normal dan kemungkinan mempunyai masalah.

 

Persoalannya, bagaimana hendak membezakan sama ada darah yang keluar itu darah haid, atau darah sakit atau darah keguguran?. Pertama sekali sebagai ibu yang tahu dirinya hamil selalunya cepat panik, sudah tentu doktor akan menjadi tempat rujukan untuk bertanya. Doktor akan sahkan sama ada kandungan itu bermasalah dan keguguran atau pun ia hanya darah biasa yang tidak perlu dibimbangkan.

 

Kemudian, konsepnya masih lagi sama dengan darah haid yang biasa. Iaitu keluar darah sehari semalam sehingga 15 hari maksimum. Sela masa haid seterusnya adalah dalam tempoh 15 hari suci. Biasanya bila sang ibu mengalami keluar darah yang berterusan elok juga untuk dapatkan nasihat doktor juga. Supaya lebih yakin terhadap kandungan semasa itu.

Berapa bulan ibu mengalami haid semasa hamil?

 

Ia tidak sama pada setiap kes. Ada yang hanya mengalami haid pada awal-awal kandungan. Ada juga yang berterusan sehingga lewat usia kandungan.

 

Jadi, jangan terkejut dan tidak perlu juga mengecam kejadian ibu yang mengalami haid semasa hamil. Kerana ia wujud dan tidak mustahil. Hanya perlu ada ilmu dan rujukan yang tepat. Wallahualam.