Susu Untuk Makan Dan Susu Untuk Air. Ye ke?

Ada ibu yang mengadu, anak saya asyik menyusu sebelah kanan saja. Sebelah kiri tak mahu. Jadi ibu ini buat kesimpulan bahawa apa yang orang tua-tua katakan ada betulnya. Menyusu sebelah kanan lebih kenyang berbanding menyusu payudara kiri.  Akibatnya payudara kiri jadi bengkak. Apabila bengkak surut, susu mula berkurang

Tombong?. Apa Sebenarnya Kesan Pada Ibu.

Tombong.  Selama ini selalu kita biasa dengar tombong untuk kelapa saja. Tapi rupanya ada juga tombong yang berkaitan dengan wanita terutamanya yang sudah melahirkan anak. Permasalahan tombong melibatkan perkara sulit.  Selalunya wanita akan memendam rasa.  Memburukkan keadaan lagi apabila tidak mahu berjumpa doktor dan berubat.

Babywearing- Pakai Baby?

Apa sebenarnya babywearing?.  Pakai baby?.  Bunyi macam ganjil.  Tapi jika dilihat dari segi fizikal, memang sungguh seperti memakai bayi.  Dan bayi nampaknya selesa kerana ia sangat dekat dengan ibu.

Nak Berpantang Moden Atau Adat?

Berpantang selepas bersalin ada pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza.  Ada yang boleh terjungkit kening kalau kata berpantang selepas bersalin itu karut.  Ada pula yang rasa tidak puas hati bila kata tak perlu berpantang, janji rehatkan badan hingga rasa segar.  Mana satu yang betul dan yang mana satu yang ibu ikut?

bersalin pembedahan

Kenapa Susu Dia Banyak…

Galau rasa hati bila tarikh untuk masuk bekerja semula semakin hampir, tetapi stok untuk bekal susu anak ke rumah pengasuh masih tiada sebotol pun. Bila join group support tambah lagi rasa sedih bila tengok ibu lain ada banyak susu. Kita pula bila pam keluar setitis dua. Bertambah-tambah sedih. Kadang-kadang tengok ibu yang kecil, badan genit tapi susunya lagi banyak. Mula dalam kepala timbul persoalan. Kenapa?.