Berpantang Selepas Keguguran. Lebih Penting Dari Biasa.

Ramai wanita terlepas pandang perkara ini apabila keguguran.  Berpantang.  Tahukah ibu jika mengikut nasihat bidan lama, berpantang untuk keguguran sangat penting.  Begitu juga sokongan dari suami dan keluarga terdekat.

 

Jika bersalin melahirkan bayi, ibu terasa suasana untuk berpantang. Apatah lagi dengan kehadiran bayi di sisi. Moodnya lebih terasa.  Berbanding dengan keguguran.  Tiada bayi. Ibu sebenarnya lebih sensitif, lebih beremosi.  Perasaan sedih menguasai diri.  Suami dan orang terdekat perlu memberikan sokongan yang lebih. Kesihatan perlu dititikberatkan.  Jika terabai dikhuatiri menjejaskan ibu tadi.

 

Berapa lama perlu berpantang?.

 

Orang-orang tua menasihatkan untuk berpantang sama seperti ibu bersalin iaitu 44 hari.  Namun, biasanya cuti bekerja tidak mungkin sampai 44 hari.  Jadi ibu boleh kembali bekerja selepas 2 minggu jika sudah rasa bertenaga.  Walau bagaimanapun masih tetap melaksanakan pantang makan dan pantang bersama suami. Teruskan berstokin dan pakai baju berlengan panjang.  Elakkan mengangkat barang-barang berat dan terlalu lama berdiri.  Gunakan juga bengkung atau girdle.  Bertungku dan menyapu minyak panas juga digalakkan sewaktu berada di rumah.

 

Apa yang lebih penting adalah makan makanan yang seimbang.  Jika dinasihatkan oleh doktor untuk mengamalkan suplemen, jangan mengelak.  Jika makan diluar, cakna dengan makanan yang boleh menyebabkan  bisa badan seperti tembikai, kangkung, sotong, udang serta ikan yang pantang di makan. Pilihlah ikan seperti ikan bawal, ikan tenggiri dan ikan selar.

 

Bila boleh mengandung semula?

 

Tempoh berpantang bersama suami selalunya hingga 30 hari.  Sebelum merancang untuk hamil, dinasihatkan ibu mendapatkan nasihat doktor.  Berurut dengan bidan terlatih juga bagus.  Rawat rahim dahulu.  Bidan dahulu selalu mencadangkan ibu mengamalkan jamu untuk memulihkan rahim.  Jika sudah bersedia, ibu boleh mulakan pengambilan asid folik sehinggalah hamil semula.

 

Tidak dinafikan amalan ini nampak leceh.  Tetapi, jika dituruti kebaikannya untuk diri ibu sendiri juga.