Babywearing- Pakai Baby?

 

Babywearing sudah menjadi satu fenomena di Malaysia terutama dari kalangan ibu yang berpendapatan.  Sehinggakan terdapat kelompok atau kumpulan ibu dan bapa di komuniti setempat yang menganjurkan pelbagai aktiviti menarik berkaitan babywearing.  Contohnya aktiviti makan-makan sambil babywearing, aktiviti bersenam dan lain-lain.

 

Apa sebenarnya babywearing?.  Pakai baby?.  Bunyi macam ganjil.  Tapi jika dilihat dari segi fizikal, memang sungguh seperti memakai bayi.  Dan bayi nampaknya selesa kerana ia sangat dekat dengan ibu.

Apa keseronokan babywearing?.

  1. Ibu bebas melakukan pergerakan kerana kedua belah tangan ibu bebas.
  2. Material babywearing yang pelbagai dan cantik
  3. Mempunyai satu kumpulan kawan-kawan yang sangat membantu
  4. Aktiviti babywearing bersama rakan yang mengujakan
  5. Sesuai untuk ibu yang aktif/ mom-on-the-go konsep.
  6. Boleh menyusu sambil shopping tanpa orang sebelah anda sedar!

 

 

Siapa yang sesuai?

  1. Ibu yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun
  2. Ibu yang aktif
  3. Ibu yang rajin dan suka berjalan, melancong, membeli-belah
  4. Surirumah yang menjaga bayinya sepenuh masa dirumah
  5. Ibu bekerja sendiri seperti peniaga

 

Bagaimana hendak bermula menjadi babywearers?

  1. Lengkapkan diri dengan ilmu.  Tekan sahaja carian di google. Banyak hasil yang diperolehi
  2. Dapatkan gadgetnya.  Jika mampu yang baru silakan.  Jika tidak boleh dapatkan yang ‘preloved’ cuma pastikan ia kukuh dan selamat.
  3. Sertai kumpulan sokongan yang berkaitan berhampiran komuniti anda.  Ia menjadikan perjalanan ‘motherhood with babywearing’ lebih indah dan seronok.

 

 

Sudah baca dan tertarik?  Selamat mencuba ibu.