Awas! Tunggul Tali Pusat Bayi Punca Jangkitan Pada Bayi.

cord clamping

Tunggul tali pusat bayi atau umbilical cord adalah satu perkara yang perlu ibu bapa ambil berat semasa bayi dalam tempoh berpantang.  Tunggul tali pusat sepanjang 2-3 cm dan disepit dengan penyepit plastik dipanggil ‘cord clamp’selalunya mengambil masa selama 5-21 hari. Tunggul tali pusat bayi yang baru lahir akan berwarna putih kebiru-biruan.  Kemudian akan berubah menjadi merah dan seterusnya kehitam-hitaman. Akhirnya tali pusat ini akan kering dan gugur sendiri dari pusat bayi.  Dalam masa itu, akan terdapat sedikit kesan seperti luka, Tapi usah risau kerana ia akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.  Tali pusat yang telah tanggal hendaklah dibersihkan dan ditanam.

 

Sangat penting untuk menjada tali pusat ini sepaya sentiasa bersih, kering dan tiada tanda-tanda jangkitan seperti berair dan bernanah.  Jangan terkejut jika ada ibu bapa yang membawa bayinya yang masih dalam tempoh berpantang, dengan keadaan tunggul tali pusat yang bengkak dan sudah berbau busuk.  Itu merupakan tanda-tanda jangkitan dan bayi boleh meninggal disebabkan jangkitan tersebut.

 

Tanda-tanda jangkitan tunggul tali pusat.

 

#1  Ada cecair kuning iaitu nanah

#2  Berbau busuk

#3  Bengkak di sekitar pusat dan kemerahan

#4  Bayi demam

#5 Bayi nampak tak bermaya/lesu

#6  Bayi tidak ada selera menyusu dan meragam selalu

Sekiranya terdapat tanda-tanda di atas, ibu atau bapa perlu membawa bayi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Jumpa juga doktor apabila tali pusat bayi tidak tanggal melebihi 21 hari.

 

Cara menjaga dan membersihkan tunggul tali pusat.

 

#1  Jangan tarik tali pusat walau pun ia nampak seperti hendak tertanggal. Biarkan ia gugur secara semulajadi

#2  Biarkan kawasan tunggu tali pusat terdedah daripada lampin pakai buang/lampin.  Tunggul tali pusat mesti sentiasa kering dan tidak boleh terdedah pada kebahasan air kencing bayi.  Pilih lampin pakai buang yang mempunyai lekuk di kawasan pusat.

#3  Lap kering tali pusat setelah mandi.  Boleh juga jika ibu bapa tidak mahu memandikan bayi sebelum tali pusat tanggal. Cukup dengan mengelapnya sahaja.

#4  Bersihkan tali pusat dengan alkohol yang diberikan oleh hospital.  Gunakan putik kapas atau kapas untuk membersihkan kotoran di tunggul tali pusat. Lanjutkan sehingga ke hujung cord clamp.  Lakukan dengan cermat.

#5  Tidak perlu sapu minyak gamat pada tunggul tali pusat tadi.

#6 Jika anda pakaikan barut, usah pakai terlalu ketat kerana tunggul tali pusat bersama cord clamp memberi rasa tidak selesa pada bayi.  Pakaikan longgar agak-agak selesa untuk bayi.

 

Bila tunggul tali pusat sudah tanggal, ini masanya untuk lihat pusatnya terbonjol atau tenggelam.  Ada orang kata, kalau terbonjol, kahwin dengan orang jauh. Ye ke?.

 

Kredit;

  1. https://www.ctvnews.ca/health/new-recommendations-suggest-waiting-up-to-1-minute-before-cutting-umbilical-cord-1.3213136
  2. DrZubaidi.com.