5 Tips Selesa Untuk Cerai Susu Anak

Fasa selepas berjaya menyusukan anak adalah memberhentikan atau menyapih anak dari terus menyusu badan. Waktu terbaik yang dibincangkan oleh ahli dalam bidang laktasi adalah pada umur 2 tahun.

وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ”

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”

Catatan: “…menyapihnya dalam dua tahun” maksudnya waktu menyapih adalah setelah anak berumur dua tahun. (menurut salah satu catatan terjemahan Al-Qur’an)

 

Menyapih atau ‘wean-off'” anak dari menyusu merupakan satu proses.  Berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang telah menjalani proses menyapih, La Mamma kongsikan antara TIPS yang boleh dicuba.

 

TIPS 1: Tetapkan masa dan buat keputusan.

Buat keputusan yang jitu dalam diri ibu sendiri dan bincang bersama suami.  Kerap kali yang menggagalkan proses menyapih adalah ibu rasa sedih dan sukar nak berpisah dari menyusukan anak.  Belum lagi cerita tentang anak yang enggan bercerai susu, ibunya perlu set minda dahulu.

 

TIPS 2: Minta bantuan suami

Proses bercerai susu bukan mudah.  Ia perlukan kerjasama dari suami untuk meleraikan, mengamankan dan menangguhkan anak dari menyusu.  Bincang dan faham suami.

 

TIPS 3: Doa dan sabar

The power of DOA memang tidak dapat disangkal.  Doa sungguh-sungguh kepada-Nya untuk memudahkan proses.  Proses menyapih akan memakan masa dan pelbagai karenah anak yang anda akan hadapi.  Jadi, anda perlu kuat emosi dan mental.

 

TIPS 4: Mulakan dengan amalan pemakanan dan minuman yang menarik

Biasakan anak untuk makan dan minum.  Sediakan bekas makanan yang cantik dan menarik.  Hidangkan makanan yang sedap, cantik dan aktiviti makan yang

 

TIPS 5: Tangguhkan

Tangguhkan keinginan anak untuk menyusu badan.  Alihkan perhatiannya. Contohnya ajak bermain di padang, atau ajak membuat aktiviti playdough, apa sahaja yang menarik.  Waktu ini bapa boleh memainkan peranannya dengan memisahkan anak sementara daripada ibu.

 

TIPS 6:  Kenalkan kawan

Kadangkala pengaruh rakan sebaya anak memainkan peranan.  Tunjukkan kawan yang tidak lagi menyusu badan ibu.  Jauhkan dari anak-anak yang sedang menyusu.  Anak mungkin akan terpengaruh dan timbul keinginan bila melihat kawan-kawan lain mengempeng susu ibu.

 

TIPS 7:  Bertegas

Tegas bukan sahaja kepada anak, tetapi juga pada diri sendiri.  Bila sudah buat keputusan cuba untuk mematuhinya.  Jangan mengalah pada diri atau anak. Berikan hadiah sebagai penghargaan kepada diri dan juga anak apabila anda berdua berjaya menyapih susu.

 

Menyapih susu badan merupakan satu proses yang memerlukan kecekalan.  Nampak mudah, tapi ia makan dalam.  Proses yang berjaya akan menjadi kenangan ibu sepanjang hayat.  Selamat mencuba dan selamat berjaya.