5 Perkara Tentang Kencing Kotor Semasa Hamil

kencing kotor

 

Kencing kotor yang melibatkan ibu hamil merupakan satu perkara yang perlu di ambil serius, berbanding apabila ia berlaku semasa waktu biasa.  Mengikut statistik, 10% ibu hamil cenderung mendapat kencing kotor semasa hamil. Pakar juga mengatakan 1 dalam 2 orang wanita akan mengalami gejala kencing kotor dan ia boleh berulang.

Apakah Kencing Kotor Sebenarnya?

Kencing kotor yang biasa disebut-sebut adalah sebenarnya urinary tract infection, jangkitan kuman contohnya E.Coli pada saluran kencing, ginjal, pundi kencing, ureter dan urethra.

urinary tract

Apakah Tanda-tanda kencing kotor?

  • Buang air kecil tidak lawas
  • kerap buang air kecil tetapi sedikit sedikit
  • rasa pedih seperti terbakar apabila buang air kecil
  • kencing berdarah
  • demam
  • rasa keletihan
  • kontraksi berlaku awal
  • Bayi mati dalam kandungan

 

Mengapa Ibu Hamil Mudah Terkena Kencing Kotor?

  • Salur kencing yang lebih pendek berbanding lelaki.
  • Perubahan hormon semalas hamil menyebabkan
    • otot salur kencing menjadi kurang efisyen
    • tekanan rahim yang membesar pada salur kencing menyebabkan urin tidak keluar sepenuhnya.
    • Air kencing menjadi lebih berasid memudahkan kuman mudah membiak

 

Kesan Kencing Kotor Pada Ibu Hamil

  • Kerosakan buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian
  • Boleh bersalin awal dari tarikh dan bayi lahir pra-matang
  • Bayi kurang berat badan

 

Apa Perlu Dilakukan?

Jika ibu ada mengalami tanda-tanda kencing kotor, terus buat lawatan ke klinik dan maklumkan pada jururawat atau doktor.  Lazimnya ibu akan diberi antibiotik dan ibu perlu menghabiskan antibiotik itu walaupun gejala kencing kotor sudah tiada.